KAEDAH TASMIK
DI
S
U
S
U
N
OLEH:
Nama : Yanti jastari
Prodi/Unit : PAI /A
Semester : 1 (Satu )
Dosen Pengampu : Sodikin, M.A
JURUSAN TARBIYAH
SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM NEGERI
GAJAH PUTIH TAKENGON ACEH TENGAH, ACEH
2013/2014
BAB I
PENDAHULAN
A.
Latar Belakang
Masalah
Terdapat
berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan
pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran yaitu
membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil
pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang
sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah yang pelbagai juga dapat
menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan memahami al-Quran.
B.
Rumusan Masalah
1. Apa yang dimaksud dengan kaidah
Tasmik ?
2. Apa tujuan kaidah tasmik ?
3. Apa saja cirri-ciri kaidah tasmik ?
4. Dan apa contoh tentang kaidah tasmik
?
C.
Tujuan
1. Kita bisa mengetahui apa pengertian
itu pengertian kaidah tasmik
2. Kita bisa tahu tujuan kaidah tasmik
3. Kita bisa mengetahui contoh kaidah
tasmik
4. Dan kita bisa mengetahui contoh
kaidah tasmik
BAB II
KAIDAH TASMIK
A.
Pengertian
Tasmik
Tasmik adalah
perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini
digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru
mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam
kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk
menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafalan al Quran.
Cara
pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan
oleh guru dengan suara yang kuat (jihar), di hadapan guru. Guru mendengar bacaan
atau hafalan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang
dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan
memperbetulkan kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru
boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud
tanda-tanda bacaa
B. Tujuan Kaidah Tasmik.
1. Guru dapat mengetahui kelemahan bacaan pelajar dalam
waktu yang cepat.
2. Guru dapat memperbaiki bacaan pelajar dengan tepat.
3. Guru dapat mengetahui dan mengenal pasti tahap kebolehan
sebenar pelajar
4. Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.
5. Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang
berkesan.
Kaedah tasmik
sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran bahagian ayat
bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar
terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi mencapai hasil pembelajaran seperti yang
dirancang, guru perlu melaksanakan langkah-langkah yang sesuai mengikut aras
pembelajaran. dalam ayat yang dibaca.
C.
Ciri –ciri
Kaidah Tasmik
1.
Aplikasi kaedah
tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)
o
Guru meminta
pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara keras dan kumpulan secara
kuat dan nyaring.
o
Guru mendengar
bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan dalam bacaan
pelajar.
o
Guru meminta
pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca bergilir-gilir secara
individu.
o
Guru meneliti
bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar.
o
Guru perlu
memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.
2.
Aplikasi kaedah
tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan)
o
Guru meminta
pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar bacaan pelajar dengan
teliti dan memperbetulkan bacaan murid.
o
Pelajar diminta
membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
o
Guru meneliti
bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
o
Guru menyoal
pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi bacaan panjang dan pendek.
o
Pelajar
menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada pelajar
sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
o
Guru perlu
memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul mengikut hukum tajwid.
3.
Aplikasi kaedah
tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga.(Ayat bacaan)
o
Guru meminta
pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar dikumpulkan mengikut tahap
pencapaian. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti.
o
Pelajar diminta
membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
o
Guru meneliti
bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
o
Guru menyoal
pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
o
Pelajar
menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada murid
sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
o
Pada aras ini,
guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai bacaan dengan betul, fasih
dan bertajwid.
D. Contohnya Kaidah Tasmik
Kaedah soal
jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan interaksi dua hala yang
melibatkan pelajar dan guru yang memberi kesan positif terhadap kefalan pelajar
terhadap topik atau pelajaran yang dipelajari kerana mereka berpeluang menyoal
guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tajuk pelajaran. Kaedah ini
telah lama diaplikasikan dalam Pendidikan Islam. Kaedah ini meransang pemikiran
pelajar melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru. Soalan-soalan yang
diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada interaksi pengajaran dan
pembelajaran.
Kaedah ini
menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir serta memberi tumpuan
terhadap pelajaran dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berfikir
tentang perkara-perkara di luar pembelajaran. Dalam pengajaran tilawah al
Quran, guru boleh menggunakan kaedah ini dalam bahagian hafazan surah. Guru
boleh menyoal pelajar tentang cara bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam
ayat yang dipelajari. Sebelum menyoal pelajar, guru perlu memberikan masa
kepada pelajar untuk membaca dan menghafaz ayat dengan betul. Bagi pelajar yang
lemah, guru boleh memberi penerangan tentang hukum tajwid dan cara bacaan
terlebih dahulu.
1) Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras
satu. (Ayat hafazan)
o
Guru
mempamerkan carta mengandungi ayat dan meminta pelajar membaca secara senyap.
o
Guru membaca
ayat dengan kuat dan meminta semua pelajar mengikut bacaan guru.
o
Guru mengulang
beberapa kali ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru secara
kumpulan.
o
Guru meminta
pelajar mengecam kalimah dan potongan ayat supaya mudah mengingat untuk
aktiviti menghafaz ayat.
o
Bersoal jawab
tentang hafazan surah dari segi menyambung ayat yang dibaca.
o
Guru membaca
permulaan ayat dan meminta pelajar menyambung ayat tersebut. Untuk menarik
minat pelajar, guru menyoal pelajar yang paling cepat menghafaz ayat.
o
Guru perlu
memastikan semua pelajar dapat menghafaz ayat yang dipelajari dengan betul.
2) Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras
dua. (Ayat hafazan)
o
Guru memaparkan
ayat hafazan di LCD dan memperdengarkan bacaan dari qari terkenal. Guru
mengulang beberapa kali bacaan tersebut.
o
Guru meminta
pelajar mengikut bacaan dan seterusnya menghafaz ayat tersebut.
o
Guru
membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil berpasangan untuk tujuan menghafaz
ayat. Guru meminta pelajar menghafaz berpasangan, pasangan pelajar diminta
meneliti bacaan pasangan masing-masing untuk dan membetulkan jika terdapat
kesalahan bacaan rakan mereka.
o
Pelajar diminta memerhati tanda bacaan dan
hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.
o
Guru memulakan
sesi soal jawab tentang tanda bacaan dan hukum tajwid. Pelajar menyebut hukum
tajwid dan membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid tersebut. Guru
memperbetulkan sebutan atau bacaan pelajar.
o
Pada aras ini,
pelajar perlu menguasai bacaan di samping mengenal hukum tajwid yang terdapat
dalam ayat.
BAB
III
PENUTUP
A.
Kesimpulan
Tasmik adalah
perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini
digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru
mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam
kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk
menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafalan al Quran.
Cara
pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan
oleh guru dengan suara yang kuat (jihar), di hadapan guru. Guru mendengar
bacaan atau hafalan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang
dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan
memperbetulkan kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru
boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud
tanda-tanda bacaa
tetapi Al Quran bukan Kitab syair
BalasHapus