MAKALAH
TALAQQI MUSYAHAH
DI
S
S
U
N
OLEH
NAMA : YURIA PUTRI
DOSEN
PEMBIMBING : SODIKIN, MA
STAIN GAJAH PUTIH TAKENGON
TAHUN AJARAN 2013/2014
DAPTAR
ISI
KAEDAH TALAQQI
MUSYAFAHAH
1.
Pengertian
secara bahasa dan istilah………………………………………...
2.
Tujuan
talaqqimusyafahah………………………………………………….
3.
Ciri-ciri
talaqqimusyahah…………………………………………………...
4.
Contoh
tehnik dan langkah-langkah dalam pengajaran pembelajaran ……
KATA PENGANTAR
Assalamu’alaikumWr. Wb
Bismillahirrohmanirrohim.
Hanya bagi Allah segala
puji syukur kita panjatkan karena atas hidayah dan petunjuk-Nya kita berada
diatas jalan yang lurus (Ashiraathal – Mustaqiim) ini, yaitu
dinul-Islam.Shalawat serta salam semoga senantiasa terlimpah kepada suri
tauladan kita Nabi Muhammad SAW keluarga, sahabat, serta para pengikutnya
hingga yaumil akhir. Atas izin dan kehendak-Nyalah saya dapat menyelesaikan
tugas rangkuman buku ini dengan judul “KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH”.
Dalam penulisan dan
penyusunan tugas ini, tentunya banyak menemui hambatan dan kesulitan, tapi
syukur Alhamdulillah saya dapat mengatasi dan akhirnya dapat saya selesaikan
berkat bantuan dan dorongan dari berbagai pihak.Saya menyadari bahwa dalam
penulisan tugas ini masih banyak kesalahan dan kekurangan yang masih jauh dari
sempurna.
Oleh karena itu saran
dan kritik yang membangun sangat saya harapkan, dan semoga tugas ini dapat
berguna bagi kita semua dikemudian hari, khususnya bagi saya dan umumya bagi
pembaca semuanya.
Wassalamu’alaikumWr. Wb
Takengon, 25 november 2013
Wassalam.
Penyusun
A.
Pengertian
TalaqqiMusyafhah Secara Bahasa dan Istilah
TalaqqiMusyafahahadalah perkataan di
dalam bahasa arab yang
Bermaksudberjumpa
manakalamusyafahahpula bermaksuddaripada mulut ke mulut. Gabungan dua perkataan
ini bermaksud mempelajari al-Quran secara mulut ke mulut iaitu daripada mulut
seorang guru kepada mulut seorang anak murid. Dengan kata lain istilah yang
digunakan pada masa kini iaitu mempelajari Al Quran secara face to face
bersama seorang guruyang mahir.
KaedahTalaqqiMusyafahahKaedahnya
adalah dengan cara seorang murid duduk dihadapan gurunya untuk memperdengarkan
bacaan al-Quran secara langsung di mana-mana sahaja dengan syarat secara
bersemuka tanpa perantaraan alat lain. Guru akanmenegur si murid jika terdapat
kesalahan di dalam bacaannya serta membetulkan kesalahan tadi secara terus.
Kaedah ini diambil daripada peristiwa turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi
s.a.wiaitu semasa Nabi s.a.w didatangi oleh malaikat Jibrila.s di Gua Hira’.
Malaikat Jibrila.smembacakan ayat 1 –5daripada surah al-‘Alaq kemudian Nabi
s.a.w membacakan pula ayat yang berkenaan sebagaimana bacaan malaikat
Jibrila.s. Proses pembacaan yang dilakukan oleh Nabi s.a.wbersamamalaikatJibrila.s
ini adalah secara bersemuka dan bukan di dalam mimpi atau melalui perantaraan
yang lain.
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran
yang tertua dan dipraktik oleh Jibrila.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai
“TalaqqiMusyafahah”. CaranyaJibril membaca ayat suci al-Quran kemudian
Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.
Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya
Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan
Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan
dan dihafalkan.
Talaqqi
Talaqqi
pada bahasa : pertemuan secara berhadapan
atau bersemuka.
Talaqqi
dari segi bahasa diambil daripada perkataan iaitu pelajar bersemuka atau
berhadapan dengan guru.Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar
belajar al-quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan
makhraj yang betul)
Talaqqi pada Istilah : Pertemuan
antara guru dan murid secara bersemuka.
Guru
memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan
guru secara beramai-ramai.
Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan
daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir
Musyafahah pada Istilah : Murid
menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir
guru dan menyebutnya ( mengikut )
Guru memberi contoh bacaan kepada
seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.
Dalam kaedahtalaqqimusyafahah, murid
yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada
gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara
amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi
makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.
Prinsip
dan TujuanKaedahTalaqqiMusyafahah
- Mengutamakan sebutan dan bacaan
yang tepat.
- Memerhati pergerakan mulut guru
secara berdepan.(bersemuka)
- Murid menyebut (mengikut) cara
sebutan guru.
- Kelemahan contoh bacaan daripada
guru memberi kesan besar kepada murid.
Objektif
- Menyebut bunyi huruf hijaiyah
yang berbaris dengan tepat.
- Membezakan panjang / pendek
sebutan huruf.
- Membaca dengan betul dan fasih.
- Yakin dan berani mencuba di
hadapan guru.
Ciri-CiriTalaqqiMusyafhah
1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5. Perlu ada teks.
Contoh
Tehnik
TEKNIK LATIH TUBI TALAQQI MUSYAFAHAH MEMBANTU PENGUASAAN
BACAAN IKHFA’ HAKIKI DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM
Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
1. Mencungkil pengetahuan dan
kemahiran sedia ada dari murid.
2. Pembetulan dan penerangan oleh
guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh
(kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam
pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan
pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh
dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedahTalaqqi dan
Musyafahah (guru membaca murid mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk
kumpulan berdasarkan kemahiran membaca, mendengar bacaan guru dalam
kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di
dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli
dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid
bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan. Guru menulis di
papan tulis.
11. Pemulihan - dengan
mempamirkancarta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad
atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja
dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
12. Penilaian - guru meminta
seorang atau dua orang murid membaca beberapa ayat. Guru menyoal
murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar