MAKALAH
Metode Pembelajaran Al-Qur’an
“Kaedah
Dalam Pembelajaran Al-Qur’an”
Ø DISUSUN OLEH
KELOMPOK : REZA RAHMATILLAH
Ø JURUSAN : PAI
Ø PRODY : TARBIAH
Ø UNIT : A
Ø SEMESTER : 1 ( SATU )
DOSEN
PEMBIMBING : SODIKIN, M.A
KEMENTERIAN AGAMA
SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM NEGERI(STAIN GPA) TAHUN AJARAN 2013/2014
KATA PENGANTAR
Puji
dan syukur marilah kita panjatkan kehadirat Allah SWT. Yang telah memberikan
taufik dan hidayah-Nya, sehingga saya dapat menyelesaikan makalah ini yang berjudul “kaedah dalam pembelajaran al-qur’an”.
Serta shalawat
dan salam kepada junjungan kita
Nabi Muhammad SAW yang telah membawa
umat manusia dari alam jahilyah ke alam berilmu pengetahuan seperti sekarang
ini.
Makalah ini saya susun berdasarkan beberapa
buku,penyusunan /pembuatan. Adapun penyajian materi ini sangat sederhana dan
sebaik mungkin tanpa melupakan tujuan agar mudah di pahami dan dimengerti untuk mengetahui isi materi yang dipelajari.
Saya menyadari bahwa dalam pembuatan makalah ini masih
banyak terdapat kekurangan dan kelemahannya.Oleh karena itu, saya mengharapkan saran
dan kritik yang bersifat konstruktif demi perbaikan isi makalah ini.
Akhirnya kami menyerahkan diri kepada Allah SWT.
Mudah-mudahan makalah ini dapat
bermanfaat bagi pengembangan ilmu pengetahuan,agama dan Negara. Dengan rahmat
serta hidayah-Nya, makalah ini merupakan karya yang diridhoi-Nya. Amin Ya
Robbal’alamin.
Takengon, Nopember 2013
Hormat
saya,
Penulis
BAB I
PENDAHULAN
A.
Latar Belakang
Terdapat
berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan
pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu
membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil
pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang
sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah yang pelbagai juga dapat
menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan memahami al-Quran.
B.
Rumusan Masalah
A. Macam-Macam
Kaidah Pembelajaran Al-Qur’an
B. Cara Melaksanakan Kaedah Pembelajaran Al-Qur’an
C.
Tujuan
Dengan
ditulisnya makalah ini semoga dapat
bermafaat untuk kita semua maka harapan penulis semoga materi makalah
ini dapat menambah wawasan dan pengetahuan kita
DAFTAR ISI
KATA PENGANTAR.....................................................................
DAFTAR ISI ...................................................................................
BAB I PENDAHULUAN................................................................
BAB II PEMBAHASAN
A. Kaedah Talaqqi
Musyafahah............................................
B. Kaedah Latin Tubi.............................................................
C. Kaedah Tasmik..................................................................
D. Kaedah
Soal Jawab.............................................................
E.
Kaedah Penerangan............................................................
BAB III PENUTUP
A. Kesimpulan ........................................................................
B. Saran...................................................................................
BABII
PEMBAHASAN
Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Tilawah Al Quran
A.
Kaedah Talaqqi musyafahah.
Kaedah
mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca
ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan
diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat
berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para
sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan,
seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
Ø Talaqqi.
Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara
bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan tilawah
al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan dengan pelajar sama ada
seorang dengan seorang atau guru berhadapan dengan pelajar mengikut
kumpulan atau secara kelas.
Kaedah ini amat berkesan karena guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai
kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajar-pelajar
yang lemah dan
tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat
memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat
membantu pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan
kelas pemulihan.
Ø Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan
daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Musyafahah dari
segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran
dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang
diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al Quran. Aktiviti ini
bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya pelajar
dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir
guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan
meminta pelajar memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut.
Pelajar
menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat pergerakan bibir
guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambil
memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al Quran.
Seterusnya, pelajar membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan
sebutan dan bacaan pelajar
Ø Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah.
Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara
guru berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan
ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan meminta pelajar mendengarnya dan
memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh guru
beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan guru mendengar dengan teliti
dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum
tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikut
rancangan mengajar guru pada hari itu.
Cara
bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana
pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj
huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.
B.
Kaedah
Latih Tubi
Kaedah
latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar mencapai taraf
penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin kekekalannya dalam ingatan
pelajar. Pelajar dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan
bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat
sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya
telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Saidatina ’Aisyah telah
meriwayatkan hadis yang bermaksud :
Rasulullah
s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka
mendapat fahaman yang sebenar.
Melalui
kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat serta
menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru
akan lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan
berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan
sebanyak tiga kali. Saidatina ’Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadis lagi yang
bermaksud:
Rasulullah
s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan
kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. diulang sebanyak
tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya.
Kaedah
latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru karena melalui kaedah ini guru
dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah ini
juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian hafazan dan
boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menguasai ayat
bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga dapat membina keyakinan pelajar
untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz ayat-ayat yang diajar guru.
Ø Cara melaksanakan kaedah latih tubi
- Guru
menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari. Guru
membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar mendengar bacaan guru
dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru.
- Guru meminta
pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik
minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh qari yang terkenal
dari cakera padat.
- Guru
menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian guru
memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar
- Guru
membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga
dapat menghafaz ayat dengan betul.
C.
Kaedah Tasmik
Tasmik adalah
perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini
digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru
mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam
kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk
menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.
Ø Cara
pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan
oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar
bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang
dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan
memperbetulkan kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru
boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud
tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
Ø Kelebihan kaedah tasmik.
-Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu
yang cepat
-Guru dapat
memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.
-Guru dapat mengesan dan mengenal pasti tahap
kebolehan sebenar pelajar
- Guru
dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.
- Guru
dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.
Kaedah Soal jawab.
Kaedah soal
jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan interaksi dua hala yang
melibatkan pelajar danguru yang memberi kesan positif terhadap kefahaman
pelajar terhadap topik atau pelajaran yang dipelajari kerana mereka berpeluang
menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tajuk pelajaran.
Kaedah ini telah lama diaplikasikan dalam Pendidikan Islam. Kaedah ini meransang
pemikiran pelajar melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru.
Soalan-soalan yang diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada interaksi
pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah ini
menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir serta memberi tumpuan
terhadap pelajaran dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berfikir
tentang perkara-perkara di luar pembelajaran. Dalam pengajaran tilawah al
Quran, guru boleh menggunakan kaedah ini dalam bahagian hafazan surah. Guru
boleh menyoal pelajar tentang cara bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam
ayat yang dipelajari. Sebelum menyoal pelajar, guru perlu memberikan masa
kepada pelajar untuk membaca dan menghafaz ayat dengan betul. Bagi pelajar yang
lemah, guru boleh memberi penerangan tentang hukum tajwid dan cara bacaan
terlebih dahulu.
Ø Cara melaksanakan kaedah soal jawab
- Guru
memaparkan ayat hafazan di LCD dan memperdengarkan bacaan dari qari terkenal.
Guru mengulang beberapa kali bacaan tersebut.
- Guru meminta
pelajar mengikut bacaan dan seterusnya menghafaz ayat tersebut.
- Guru
membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil berpasangan untuk tujuan menghafaz
ayat. Guru meminta pelajar menghafaz berpasangan, pasangan pelajar diminta
meneliti bacaan pasangan masing-masing untuk dan membetulkan jika terdapat
kesalahan bacaan rakan mereka.
- Pelajar
diminta memerhati tanda bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.
- Guru
memulakan sesi soal jawab tentang tanda bacaan dan hukum tajwid. Pelajar
menyebut hukum tajwid dan membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid
tersebut. Guru memperbetulkan sebutan atau bacaan pelajar.
- Pada aras
ini, pelajar perlu menguasai bacaan di samping mengenal hukum tajwid yang
terdapat dalam ayat.
D. Kaedah
Penerangan.
Kaedah
penerangan merupakan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru.
Maksud kaedah ini ialah, guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk
pelajaran atau isi pengajaran secara lisan. Bagi menghasilkan pengajaran yang
lebih berkesan serta memberi kefahaman kepada pelajar, guru perlu menggunakan
alat bantuan mengajar seperti gambar, carta atau LCD di samping dapat menarik
minat pelajar dalam pelajaran tersebut. Melalui kaedah penerangan, guru perlu
memastikan pelajar dapat memahami penerangan yang disampaikan oleh guru dalam
sesuatu tajuk.
Melaksanakan
kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar di dalam
kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapan guru
dengan jelas. Semasa memberi penerangan, guru perlu bertutur dengan jelas dan
terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar.
Ø Cara Pelaksanaan
kaedah penerangan.
- Penerangan hendaklah diberikan pada masa
yang sesuai seperti ketika menyampaikan pengajaran baru.
- Guru hendaklah menyampaikan penerangan dengan
ringkas dan bernas.
- Setiap penerangan guru perlu diikuti dengan
soal jawab secara lisan atau bertulis untuk menguji kefahaman pelajar terhadap
isi pelajaran yang telah disampaikan guru.
- Penerangan boleh digabungjalinkan dengan
teknik-teknik lain seperti soal jawab, perbincangan supaya pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik.
- Kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran
tilawah al Quran bahagian kefahaman.
Kaedah penerangan sesuai diaplikasikan
dalam semua tajuk pelajaran pendidikan Islam. Guru boleh melaksanakan kaedah
ini dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran bahagian kefahaman ayat.
BAB III
PENUTUP
A.
Kesimpulan
Kaedah-kaedah
yang diperkenalkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, keseluruhannya
adalah baik dan berkesan bagi setiap guru dalam menyampaikan pengajaran.
Keberkesanan kaedah ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru
menyesuaikannya dengan tahap pencapaian pelajar serta suasana persekitaran dan
hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
B.
Saran
Didalam pembuatan makalah ini kami masih banyak mendapatkan
kesulitan. Dan kepada Dosen pengajar dan rekan-rekan sekalian, kami selaku
pemapar menyadari masih benyak kekurangan dan kesalahan oleh karena itu kami
masi mengharapkan saran dan arahan dari rekan-rekan sekalian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar