Rabu, 13 Desember 2017

KAEDAH LATIH TUBI

KAEDAH LATIH TUBI
Di susun
Oleh :
suryani
Prodi                                  : PAI
Ruang                                : 14
Unit                                    : A
Dosen Pembimbing           : Sodikin M.A






SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM NEGERI
GAJAH PUTIH TAKENGON
2013


DAFTAR ISI


Halaman
KATA PENGANTAR..............................................................................       i
DAFTAR ISI..............................................................................................       ii

BAB    I     PENDAHULUAN
A. Latar belakang masalah........................................................       1

BAB    II   PEMBAHASAN......................................................................       2
A. Pengertian Kaedah Latih Tubi.............................................       2
B.  Tujuan Kaedah Latih Tubi...................................................       2
C.  Contoh Kaedah Latih Tubi..................................................       3
D. Tehnik Kaedah Latih Tubi...................................................       4
E.  Kelemahan Kaedah Latih Tubi............................................       4

BAB    III  PENUTUP...............................................................................       5
A.    Kesimpulan...........................................................................       5





BAB I
PENDAHULUAN

A. LATAR BELAKANG MASALAH
Kepentingaan  al-quran al-karim dalam kepentingan kehidupan umat islam Tidak dapat dinafikan ini adalah karena al-quran ini adalh merupakan sebuah kitap poanduan dan pegangan hidup yang memandu manusia kearah mentauhidkan allah swt. Al-qurran yang merupoakan sumber utama ajaran islam mengandungi ajaran hukum-hukum  serta perkara- perkara yang berkaitan dengan aqidah, syariah, dan akhlak.  Setiap muslim yang beriman kepada kitab Al-quran hendaklah mempunyai kemampuan untuk membaca al-quran tersebut selain dari beruha untuk memahami dan menghayati kandunganya.
Masalah penguasaan dalam bacaan al-quran dalam kalangan murit sekolah dalam negera ini adalah suatuy realiti.  Ini berdasar kan kepada kepada pengalaman penulis ketika menjadi guru dan pegawai yang bertanggung jawab dalam tilawah al-quran.  Seperti yang di poetik oleh misnan jemali(2005) , terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pembelajaran al-quran dinegara ini seperti  azman  wan chik (1968). Pengaji-pengaji tersebut mendapati masih ramai murid yang lemah dalam aspek tilawah, lemah dalam aspek tajwid,lemah dalam aspek mahraj hurup bahkan terdapat juga murit yang gagal membaca potongan  ayat al-quran yang pendek (buta huruf)  kajian mereka juga mendapati  beberapa paktor pencapaian murit lemah dalam tilawah adalah di sebabkan oleh pengunaan kaedah dan tehnik yang kurang berkesan dalam proses pengajaran yang di amal kan guru.
 pembelajaran al-quran ini bertujuan untuk:
a.       mengetahui apa pengertian kaedah latih tubi
b.      mengetahui tujuan kaedah latih tubi
c.       mengetahui contoh kaedah latih tubi
d.      mengetahui tehnik kaedah latih tubi
e.       mengetahui kelemahan kaedah latih tubi
                                                                 

















BAB II
PEMBAHASAN

A.    Pengertian Kaedah Latih Tubi
Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang dipelajari.  Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui kaedah ini guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz ayat-ayat yang diajar guru.
Mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin riseterusnya  latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah S.A.W.

B. Tujuan Kaedah Latih Tubi
Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat serta menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina ’Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadis lagi yang bermaksud:
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya). Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, berbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:
  • mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, yaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.
  • bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.
Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapak. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.

C. Contoh Kaedah Latih Tubi
1.      Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari. Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru.
2.      Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh qari yang terkenal dari cakera padat.
3.      Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian guru memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar
4.      Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.


D.Tehnik Kaedah Latih Tubi
Teknik latih Tubi biasanya memerlukan  empat langkah berikut :
a.       Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.
b.      Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih  berulang  kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan   pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.
c.       Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku.
d.      Mengingtkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat  terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan  secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal.

E. Kelemahan Latih Tubi
Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi  ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan  dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru  harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.





BAB III
PENUTUP

A. Kesimpulan
Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang dipelajari.latih tubi ini bertujuan untuk  menguasai kemahiran. Contohnya dapat  dilakukan  Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari.dan Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan.
Latih tubi  ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya. Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan  dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru  harus ingat bahwa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka,            











 
 



Tidak ada komentar:

Posting Komentar